Sambutan Aidilfitri tahun ini tidak dinafikan berbeza dari tahun sebelumnya apabila tidak dapat lagi pulang ke kampung meraikan hari kemenangan tersebut. Malah, tidak boleh ada aktiviti kunjung mengunjung mahupun aktiviti rentas negeri atau daerah sepanjang musim perayaan ini.
Bagaimanapun, foto sambutan raya keluarga selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi serta Rozita Che Wan atau Che Ta menjadi perhatian apabila netizen mempersoalkan tentang SOP.
Ianya menjadi persoalan dan pertikaian apabila keberadaan Abby dan suami dalam satu bumbung bersama Norman dan Memey serta anak-anak mereka. Selain itu, Che Ta juga menjadi tumpuan apabila dia memuat naik foto bergambar bersama-sama dengan ahli keluarganya yang lain.
Klik untuk gambar besar
Melihat pada ruangan komen, rata-rata netizen mempertikaikan bukankah tidak boleh aktiviti menziarah pada Aidilfitri, namun hairan bagaimana mereka boleh bergambar satu keluarga pada raya pertama.
Kata netizen lagi, mereka sudah mematuhi SOP sehinggakan tidak ke rumah ibu bapa atau adik beradik dalam satu daerah, tetapi ada juga yang tidak mematuhi arahan tersebut.
Dalam pada itu, ramai pengikut media sosial artis berkenaan turut tampil menanyakan soalan mengenai keberangkalian mereka ini melanggar SOP yang ditetapkan kerajaan ataupun sememangnya tinggal serumah.
Hasil tinjauan di Instagram Norman Hakim, pelakon itu dilihat telah menutup ruangan komen gambar mereka sekeluarga. Susulan isu tersebut, Abby dilihat ada memuat naik status di Insta Story menjelaskan mereka sering berkumpul sebelum Aidilfitri lagi, serta hairan mengapa mereka tidak boleh berjumpa seperti hari biasa.
Terdahulu, kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan PKP di seluruh negara selain tidak membenarkan aktiviti ziarah rumah ke rumah dan kubur bermula dari 12 Mei sehingga 7 Jun.
________________________
No comments:
Post a Comment