16 May 2021

FOTO RAYA ELISYA SANDHA & TUNANG BERPELUKAN MACAM DAH KAHWIN TERIMA TEGURAN



Rata-rata selebriti tidak melepaskan peluang untuk memuat naik foto serta video sambutan hari raya bersama pasangan dan ahli keluarga masing-masing.

Tidak ketinggalan, anak sulung kepada pelakon dan penerbit Sheila Rusly dan Jinggo iaitu Uzair Haqimy turut berkongsikan foto bersama dengan tunangnya, pelakon Elisya Sandha.

Bagaimanapun, foto tersebut telah mengundang kecaman netizen apabila pasangan itu dilihat berpelukan sedangkan masih belum berkahwin.

Klik untuk gambar besar



Malah, ada segelintir netizen berseloroh menyamakan seperti pasangan yang sudah berkahwin serta mengatakan sangat beruntung kerana mempunyai ibu bapa yang sporting. Namun, ada yang menegur tindakan pasangan itu disifatkan tidak manis apatah lagi belum lagi bergelar suami isteri yang sah.

Terdahulu, Elisya yang merupakan adik kepada pelakon Fasha Sandha itu mengikat tali pertunangan dengan Uzair pada 31 Januari 2021 lalu.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: