"Sejujurnya, saya sudah lama tidak tempah baju dengan dia. Saya tak kacau pun hidup dia, jadi dia tak perlu kacau saya. Kalau tak suka, cakap baik-baik atau mesej. Kurang manis tindakannya itu. Saya terkejut dan mesej dia di Instagram (DM) tanya apa masalah dia dengan saya.
"Bagi saya, apabila bercakap mengenai muzik dan menjadi nombor satu, ia bukan lagi soal suara sedap atau tidak, tapi ia mengenai 'trending'. Saya tak bayar pun YouTube. Saya buat lagu bukan nak bersaing dengan sesiapa. Jadi, pada akhirnya saya berasa buat baik pun orang suka.
"Tak perlu nak buat kontroversi," kata usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri yang menyifatkan tindakan pereka fesyen Ezuwan Ismail yang membuat hantaran berbaur sindiran terhadap dirinya di Instagram adalah kurang manis.
Aliff Syukri berkata, dia terkejut kerana dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan pereka fesyen itu. Mengulas mengenai lagu raya berjudul 'Lala Raya' yang masih kekal di kedudukan teratas carta 'trending' YouTube, Aliff berkata dia merakamkan lagu itu sekadar suka-suka.
"Saya bersyukur sebab penat jerih akhirnya memberi hasil walaupun tak ada kontroversi. Pada awalnya suka-suka saja. Saya rakamkan lagu ini pun bukan untuk tujuan tular dan nombor satu.
Klik untuk gambar besar
"Saya pun tidak mendapat sokongan TV dan radio. Saya hanya di pinggiran. Jadi, apabila nombor satu, alhamdulillah. Awalnya sedih juga, sebab dari awal lagi orang sudah pertikaikan dan tetap cakap saya buat pemasaran.
"Saya buat lagu ini saya 'acah' menjadi artis. Tapi 'trending' lah juga. Saya buat untuk kepuasan peribadi. Walaupun TV dan radio tak mainkan lagu ini, tidak mengapa.
"Saya tak tahu apa kurang saya. Artis baru pun jumlah tontonan ratus ribu saja, tapi masih mendapat sokongan," ujarnya yang juga duta baju Melayu CaryaZara.
Video muzik lagu ciptaan Amy Ukays dan lirik oleh Aliff dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid yang dimuat naik sejak 3 Mei itu sudah mencecah lebih sejuta tontonan.
________________________
No comments:
Post a Comment