19 May 2021

ANAK NORA LUAH RASA BENGANG: "FAMILI AKU MEMANG TAK MAAFKAN DAH DUA KALI HANG BUAT T***"



"Siapa dengar (percaya) memang kena bodoh macam tu je. Teruskan sebar fitnah sebab famili aku memang tak maafkan dah dua kali hang buat t***. Buat malu arwah bapa hang saja.

"Niat memang nak saman tapi time pandemik ni, kami tak dapat nak saman senang-senang sebab semua ni pakai duit. Jadi terpaksa sabar dulu dengan fitnah yang dilemparkan.

"Fitnah tetap fitnah, moga dia diberi balasan dan pengajaran yang setimpal oleh Allah, Insya-Allah," ujar anak sulung kepada penyanyi Datuk Nora Ariffin iaitu Mohd Syakir Iman Johan yang meluahkan rasa marah dan bengang apabila ibunya sekali lagi difitnah sudah berkahwin di Thailand dengan Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Anuar Musa.

Syakir, 28, berkata, dia dan keluarga tidak akan memaafkan individu yang telah menyebarkan khabar angin yang tidak benar tentang ibunya. Luahannya itu menerima komen salah seorang mengikut yang meminta dia untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menggunakan akaun @Zack_Rockstar itu.

Klik untuk gambar besar



Bagaimanapun, Syakir berkata, dia terpaksa sabar dahulu berikutan ia tidak sesuai untuk dilakukan ketika negara berdepan masalah Covid-19. Terdahulu, Nora sekali lagi dikhabarkan sudah bernikah dengan Anuar Musa selepas sijil nikah yang didakwa milik mereka tersebar di laman sosial.

Penyanyi 'Di Persimpangan Delima' ini kemudian tampil menafikan dakwaan berkenaan dan mendedahkan sudah menerima lamaran seorang lelaki dan akan berkongsi mengenai berita gembira itu dalam masa terdekat.

Untuk makluman, Nora berkahwin dengan Johan pada 1992 dan dikurniakan empat orang anak iaitu dua lelaki dan dua perempuan. Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung, sementara anak kedua pasangan itu, Muhammad Syakir Aliff pula menghembuskan nafas terakhir pada usia 20 tahun pada 13 Disember 2019.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: