19 May 2021

BILA AIN EDRUCE SEMPAT LAGI BERTIKTOK SAMBIL TUNGGU BABY KELUAR



Apabila masuk ke bilik bersalin, para ibu yang bakal menimang cahaya mata sulung itu pasti akan rasa cemas dan berdebar. Namun lain pula bagi pelakon dan pengacara Ain Edruce yang sempat lagi bertiktok di hospital.

Menerusi video dikongsikan di aplikasi TikTok, Ain sempat lagi bergurau bayinya masih belum keluar dan rasa penat menahan perit sepanjang tempoh tersebut.

Perkongsian Ain itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan aksi pelakon itu yang sempat lagi bertiktok ketika menahan sakit bersalin.

Klik untuk gambar besar



Malah, ramai yang hairan Ain dilihat tenang meskipun sudah berada di bilik bersalin. Tidak kurang juga ramai mendoakan agar proses bersalin dipermudahkan.

Untuk makluman, Ain mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Amirul Hafiz Mustaffa pada 13 Disember 2019. Ain mengumumkan kehamilannya pada 29 November 2020.











         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: