19 May 2021

KES SAMAN HIDAYAH - ALI DAPAT RASA ADA SINAR: "JANGAN SEBAR FITNAH... DOSANYA SANGAT BESAR"



"Alhamdulillah tamat perbicaraan kes saman terhadap saya... tunggu keputusan sahaja nanti! Allah Maha Kaya dan Maha Agung, setahun lebih menunggu dan bersabar dengan ujian ini.

"Semoga ada sinar buat keluarga kami... terima kasih semua mendoakan. Cuma berpesan jangan kita menyebar fitnah lagi kerana fitnah itu dosanya sangat besar, berbohong juga dosa sangat besar.

"Syukur padamu Ya Allah, tersenyum gembira harini. Allah dengar doa mak buat mu arwah Abam... tenang di sana abang," demikian tulis pelawak Ali Puteh menerusi laman Instagram miliknya.

Episod saman menyaman membabitkan Ali dan kakak iparnya, Nor Hidayah Mohd Ali masih berterusan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Bagaimanapun menurut Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 32, dia yakin akan ada sinar untuknya di sebalik konflik yang berlaku sejak kematian abangnya, Abam Bocey.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu menurut peguam yang mewakili Ali iaitu Noorazmir Zakaria, mahkamah menetapkan 18 Jun depan untuk kedua-dua pihak memfailkan hujahan bertulis.

"Semalam kes berlangsung di mahkamah dan merupakan hari terakhir untuk saksi kes Hidayah saman Ali dan kes kedua Ali serta keluarga menyaman Hidayah memberi keterangan.

"Buat masa ini masih belum ada keputusan... mahkamah telah menetapkan 18 Jun depan untuk memfailkan hujahan bertulis bagi kedua-dua kes," jelasnya.



Proseding pada Selasa itu berlangsung di hadapan Hakim Zulqarnain Hassan. Sebelum ini kes berkenaan sudah didengar di hadapan hakim menerusi prosedur yang diadakan secara dalam talian pada 16 dan 17 Februari lalu.

Pada 27 Ogos tahun lalu, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 32, mengeluarkan saman terhadap Nor Hidayah dan jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Saman tersebut dikeluarkan oleh Ali selaku plaintif keempat bersama ibunya Sabariah Arshad (plaintif pertama), bapa Syed Mohd Ridzuan (plaintif kedua) dan kakak sulung Sharifah Norwahidah (plantif ketiga).

Keputusan menyaman itu adalah sebagai tindakan balas terhadap Nor Hidayah yang terlebih dahulu mengeluarkan saman terhadapnya dengan tuntutan jumlah terkumpul mencecah RM900,000.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: