19 May 2021

"ALHAMDULILLAH..." - NORA DANISH, TIZ ZAQYAH SELESAI KUARANTIN, BEBAS COVID-19



Menerusi muat naik di laman Instagram, pelakon Nora Danish dan Tiz Zaqyah berkongsi berita gembira dimana mereka telah pun selesai menjalani kuarantin dan kini sudah bebas jangkitan virus Covid-19.

Nora dalam status miliknya berkata, dia mengambil iktibar atas apa yang berlaku dan akan lebih berhati-hati selain mengurangkan pergerakan bagi membendung penularan wabak Covid-19 ini.

"Alhamdullilah gelang (kuarantin) sudah digunting, terima kasih pada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) team yang menjaga saya selama 10 hari.

Klik untuk gambar besar



"Rumah pun sudah disanitasi... terima kasih banyak. Sekarang jom kita jaga kita. Jangan keluar rumah la bila tak penting. Saya pun dah belajar dari kesilapan lalu. Jaga diri semua dan stay safe," katanya.

Pada 9 Mei lalu, Nora, 39, memaklumkan hasil keputusan ujian calitan (swab test) yang dilakukan mendapati dia telah dijangkiti virus tersebut meskipun tidak menunjukkan sebarang simptom.

Bagaimanapun suami Nora, Nedim Nazri dan dua anaknya iaitu Putra Rayqal dan Mohamed Neqayl negatif dan tidak dijangkiti virus berkenaan. Dia juga memuat naik rakaman video memberitahu sedang menjalani kuarantin di rumahnya sendiri.



"Nora buat ujian sebab kontak rapat kategori C. Keputusan pagi tadi mendapati Nora positif walaupun langsung tak ada sebarang simptom.

"Saya tahu bagaimana rasanya peritnya tak dapat bertemu keluarga walaupun hanya dengar suara beberapa tapak. Saya kena sentiasa positif melawan Covid-19 ini," ujarnya.

Selain Nora, dua lagi selebriti iaitu Nabila Huda dan Tiz Zaqyah juga positif Covid-19. Sementara itu, Tiz menerusi Instagram miliknya telah berkongsi foto berada di kaunter pelepasan KKM yang bermaksud dia sudah selesai menjalani kuarantin dan bebas dari Covid-19.











         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: