19 May 2021

IBU ADA TEKANAN DARAH RENDAH TERJATUH KETIKA SIANG IKAN - AZHAN RANI MOHON DOA



"Kalau la dapat bagi sikit tenaga dan kesihatan ni. Cepat sembuh mak. Mak jatuh semalam lepas siang ikan. Dia memang ada low blood dan kurang selera makan. Semalam pulak dia puasa 6. Adik dah bawa klinik. Hari ni bengkak kaki dah surut sikit dan tak bagi puasa dah. Cepat sembuh mak.

"Doktor kata seminggu tak boleh pakai heels. Seminggu je mak. Lepas seminggu dah ok nanti kita catwalk sama2 puas2 satu kkb. In shaallah. Terima kasih @sahrulkkb bawa mak. Doktor kata patah tapi In shaallah tak serius. Cuma kena bertabah jadi robocop seminggu ni je. in shaallah mak," itulah kata pelakon, Azhan Rani menerusi laman Instagram miliknya.

Dalam entri tersebut, pelakon drama 'Nur' itu berkongsi detik cemas apabila memaklumkan ibunya didapati terjatuh ketika siang ikan di dapur rumahnya pada Isnin. Jelas Azhan, ibunya yang juga merupakan pengidap penyakit darah rendah telah di bawa ke klinik oleh adiknya untuk pemeriksaan lanjut.

Klik untuk gambar besar



Dikesempatan itu juga, Azhan turut menitipkan doa semoga ibunya itu lekas sembuh dan dikurniakan kesihatan yang baik. Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis memberikan kata-kata semangat selain turut mendoakan kesembuhan ibu pelakon drama 'KL Gangster Underworld' itu.

"Semoga mak cepat sembuh. Anak-anak semua perlukan doa mak. Moga Allah angkat semua kesakitan mak gantikan dengan kesembuhan. Amin yrb. - "Orang yang berjaya adalah orang yang menjaga ibunya. Now kejayaan mengejar abang.

"Ya Allah berilah kesembuhan kepada hambamu ini, hanya pada mu kami memohon segala pertolongan dan hanya padamu lah kami reda dengan ketentuan mu. Amin," antara komen-komen netizen di Instagram.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: