"Setiap kali raya memang dia (Anita Sarawak) akan telefon. Dia di AS (Amerika Syarikat) dan kalau waktu raya dia akan telefon kakak sulung. Kebetulan kalau Kak Noor ada ketika dia telefon, baru boleh bercakap dengannya dengan Mahathir.
"Elok juga dia tak berhubung terus dengan Kak Noor sebab paparazi ramai dan suka kacau," demikian kata Noor Kumalasari yang memaklumkan kakaknya, penyanyi lagenda Anita Sarawak berada dalam keadaan sihat walafiat di samping suami tercinta, Mohammad Mahathir Abdullah di Amerika Syarikat (AS).
Rasanya sudah lebih 10 tahun Anita Sarawak dan suaminya menghilangkan diri tanpa jejak daripada dunia hiburan. Malah, kelibatnya langsung tidak pernah ditemui oleh peminat sehingga ianya terus menjadi persoalan dan misteri sehingga ke saat ini.
Klik untuk gambar besar
Namun, kerinduan dan kebimbangan peminat kepada artis bergelar superstar itu sedikit sebanyak terubat apabila adik Anita Sarawak yang juga bekas pelakon popular era 80-an ini ada berkongsikan sedikit mengenai perkembangan kakaknya itu.
Kata Noor atau nama penuhnya Noor Kumalasari Mohamed Taib itu, Kak Nita atau nama sebenar Ithnaini Mohd Taib,69, kini berada dalam keadaan sihat walafiat di samping suami tercinta, Mohammad Mahathir Abdullah di Amerika Syarikat (AS).
Ujar Noor yang ditemubual dalam sebuah program hiburan kelmarin, kakaknya itu akan sentiasa menelefon apabila tibanya lebaran dan akan menghubungi kakak sulungnya.
Ditanyakan juga mengenai keadaan kesihatan Anita Sarawak pada ketika ini, Noor memaklumkan bahawa kakaknya itu kini sihat walafiat dan berada dalam keadaan baik.
Terdahulu, Anita Sarawak yang terkenal dengan lagu 'Akhirnya Kini Pasti' itu telah menghilangkan diri sekitar tahun 2012 yang lalu. Malah, usaha media untuk menghubungi penyanyi tersebut turut gagal sehingga ke hari ini.
________________________
No comments:
Post a Comment