17 May 2021

HARRIS ANNUAR TERIMA UGUTAN: "AKU JANJI NAMA ALLAH, AKU AKAN BUAT SANTAU KAU"



Menerusi laman Instagram, pelakon Harris Annuar telah memuat naik kiriman mesej langsung dari pengguna tidak dikenali dimana individu tersebut mengugut untuk melakukan santau ke atasnya.

Dalam pada itu, Harris meluahkan rasa terkejut dengan tindakan individu itu dan berharap dirinya dilindungi selain memohon maaf sekiranya telah menyakiti hati mana-mana pihak.

"Tak kenal dah satu hal, lepas tu dapat mesej macam ni. Anyway saya minta maaf kalau saya ada menyakiti perasaan sesiapa.

Klik untuk gambar besar



"Semoga Allah lindungiku dan kami semua. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih berkuasa dari mu ya Allah. Apa perlu saya buat sahabat ku? @pdrmsia_official," demikian tulis Harris.

Melihat pada kiriman mesej tersebut, individu yang menggunakan foto seorang lelaki itu menulis ayat maki hamun selain mengugutnya dengan bahasa kasar.


"Kau ingat ni, kau tunggu bila-bila masa aku boleh upah bomoh untuk santau kau. Ini bukan benda main-min aku serius. Aku janji nama Allah, aku akan buat santau kau. Jangan duk senang lenang sangat.

"Aku tak kisah kau artis ka kau raja mana-mana negeri ka. Ini aku nak pesan cakap kat kau, kau ingat simpan dalam otak okey," itulah tulis individu berkenaan.

Sebelum ini, penyanyi Nourul Depp dan pelakon Noorkhiriah antara artis yang menerima ugutan santau di Instagram seperti Harris.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: