17 May 2021

TULAR VIDEO SAMBUT RAYA BERSAMA - KELUARGA NEELOFA DIPERSOAL



Baru-baru ini tular video dikongsikan netizen di media sosial memaparkan keluarga selebriti popular, Noor Neelofa bermaafan di hari raya. Kerana video tersebut, keluarga Neelofa kembali lagi menjadi bualan ramai.

Menerusi video dikongsikan di Twitter itu, video tersebut didakwa dimuat naik oleh kakak Neelofa iaitu Noor Nabila di Instagram namun difahamkan telah dipadam.

Video berdurasi 27 saat itu, kelihatan seorang wanita mirip Neelofa dan suaminya, Haris Ismail atau PU Riz serta Nabila dan Engku Emran bersalaman dan berpelukan dengan ibu bapa mereka. Turut kelihatan dalam video tersebut adik-beradik Neelofa yang lain.

Klik untuk gambar besar



BARANGAN DAPUR MAKIN KURANG? JOM SHOPPING DARI RUMAH TANPA PERLU BERATUR PANJANG DI PUSAT MEMBELI BELAH.

LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!

TERKINI... JUALAN MURAH BARANGAN DAPUR JENAMA TEFAL YANG TAK MELEKAT DAN ANTI CALAR. JOM SERIKAN AIDILFITRI..!




Susulan video tular itu, rata-rata netizen mempersoalkan sama ada mereka sekeluarga tinggal serumah memandangkan sebelum ini kerajaan sudah menetapkan bahawa ziarah Aidilfitri tidak dibenarkan.

Terdahulu, Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor dikompaun RM20,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) bagi kesalahan penganjuran majlis pernikahannya dan merentas negeri.










         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: