17 May 2021

TIADA NIAT ROBOH BANGLO BEKAS ISTERI - PU RAIHAN AKUI TAK SETUJU TUNTUTAN MUT'AH RM300,000



"Pada 6 Mei lalu saya tanpa gagal hadir ke Majlis Sulh di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat tepat pada masanya. Tetapi apabila mendapat tahu tentang tuntutan mut'ah sebanyak RM300,000 itu sebenarnya adalah bayaran tebus harga rumah, sememangnya saya berhak untuk tidak bersetuju.

"Kenapa saya tidak bersetuju? Kerana ia merupakan rumah dua bilik yang dibina atas tanah yang pemiliknya masih ayah kandung saya sehingga saat ini. Saya pasti rumah itu nilainya tidaklah seperti jumlah yang dituntut, apatah lagi setelah segala perabot dan perhiasan dibawa keluar nanti.

"Jadi bagi saya tiada isu tentang saya tidak bertanggungjawab, tidak beri kerjasama atau jauh sekali dengan sengaja ingin meruntuhkan rumah itu," demikian kata Pencetus Ummah (PU) Raihan Husni yang dipetik daripada hantaran Facebook.

Baru-baru ini, PU Raihan menimbulkan pelbagai tanda tanya dalam kalangan netizen apabila muncul dengan status di Facebook mencari perkhidmatan untuk merobohkan sebuah rumah 'batu'.

Klik untuk gambar besar



BARANGAN DAPUR MAKIN KURANG? JOM SHOPPING DARI RUMAH TANPA PERLU BERATUR PANJANG DI PUSAT MEMBELI BELAH.

LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!

TERKINI... JUALAN MURAH BARANGAN DAPUR JENAMA TEFAL YANG TAK MELEKAT DAN ANTI CALAR. JOM SERIKAN AIDILFITRI..!




Bagaimanapun persoalan itu segera terjawab apabila bekas isteri PU Raihan yang dikenali sebagai Ain Qaiyimah tampil menjelaskan kisah di sebalik rumah berkenaan.

Ujar Ain, dia kecewa apabila Raihan mahu mendahului mahkamah berhubung status rumah tersebut yang dibina menggunakan wangnya di atas sebidang tanah milik bapa pendakwah berkenaan.

Tampil menjelaskan mengenai hal itu, Raihan muncul menerusi kenyataan terkini dan berkata bahawa isu dia dengan sengaja mahu merobohkan rumah berkenaan sebenarnya tidak berbangkit.


Malah kini dia berkata mahu menunggu proses mahkamah berhubung tuntutan mut'ah bekas isterinya di Mahkamah Rendah Syariah di Hulu Langat pada 16 Jun depan.

Menerusi perkongsian di Facebook, Raihan mendedahkan butiran tuntutan Ain selaku plaintif yang meminta bekas suaminya membayar mut'ah sebanyak RM300,000. Ujar Raihan, dia bagaimanapun tidak bersetuju dengan jumlah tuntutan berkenaan.

Tambah pemenang tempat keempat rancangan Pencetus Ummah 2016 ini, dia yakin nilai rumah berkenaan tidak seperti yang dituntut Ain atas beberapa faktor.

Bagaimanapun usaha media untuk mendapat penjelasan terperinci daripada Raihan tidak berhasil: "Saya dah buat laporan polis dan kepada SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) serta serahkan kepada peguam. Saya tak boleh nak cakap apa-apa sebab ini privasi saya," katanya ketika dihubungi media pada Isnin.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: