"Gambar berkenaan menunjukkan sambutan hari raya bersama seisi keluarga yang disyaki tidak tinggal sebumbung di kediaman selebriti terbabit yang terletak di Hulu Klang, Ampang, Selangor. Terdapat lebih kurang 13 individu disyaki satu keluarga yang dipaparkan dalam gambar berkenaan.
"Majlis berkenaan dijalankan tanpa mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) iaitu aktiviti ziarah hari raya. Aktiviti berkenaan adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKP dilaksanakan. Susulan itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya menerima satu laporan polis berkaitan kejadian berkenaan.
"Kes itu masih dalam siasatan dan pihak polis akan memanggil semua yang terbabit untuk memberikan keterangan. Untuk makluman, sebanyak 599 kompaun dikeluarkan dan 16 kertas siasatan dibuka atas pelbagai kesalahan melanggar SOP PKP di daerah ini bagi tempoh 1 Januari lalu hingga semalam.
Klik untuk gambar besar
"Kami menyeru orang ramai supaya sentiasa mematuhi arahan dan SOP yang ditetapkan kerajaan dari semasa ke semasa," demikianlah kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Mohamad Farouk Eshak yang memaklumkan, pihaknya menerima satu laporan polis susulan foto keluarga Abby Abadi dan Norman Hakim menyambut Aidilfitri bersama-sama.
Difahamkan, kesemua ahli keluarga Abby dan Norman bakal dipanggil polis untuk memberi keterangan berhubung dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Dalam pada itu, Mohamad Farouk berkata, menerusi foto tular itu, majlis itu dijalankan tanpa mematuhi SOP Aidilfitri yang ditetapkan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN). Tambahnya, terdapat kira-kira 13 individu yang disyaki satu keluarga yang dipaparkan dalam gambar berkenaan.
Siasatan dijalankan mengikut Peraturan 17 Peraturan Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021. Beliau juga menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi memandangkan kes berkenaan masih dalam siasatan.
Pada Khamis lalu, Norman bersama ahli keluarganya termasuk bekas isteri, Abby berkumpul pada 1 Syawal telah menjadi persoalan netizen apabila didakwa tidak mematuhi larangan ziarah Aidilfitri yang ditetapkan MKN.
________________________

No comments:
Post a Comment