"Doa adalah senjata orang mukmin, tolong saya perlukan doa kalian. Tolong doakan kesembuhan ibu saya, Herina Wong dan ayah saya, Mohd Manshahar. Mereka positif Covid-19. Paru-paru mummy ada jangkitan, paras oksigen dalam badan pun tak okey... jadi doktor kena 'tidurkan' (dikomakan) dia dan masukkan tiub untuk bantu pernafasan sehingga keadaan dia kembali stabil," kata penyanyi Tasha Manshahar.
Sambutan Aidilfitri Tasha dikhabarkan dengan berita sedih apabila ibu bapanya disahkan dijangkiti virus Covid-19 dan kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Serdang.
Berkongsikan berita itu di laman Instagram, Tasha atau nama sebenarnya, Nur Nadia Natasha Mohd Manshahar, 29, berkata ibunya, Herina Wong Abdullah dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan dan terpaksa dikomakan. Manakala bapanya, Mohd Manshahar kini berada dalam keadaan stabil dan menjalani kuarantin kendiri di kediaman mereka.
Klik untuk gambar besar
Tasha mengharapkan ibunya dapat mengharungi segala ujian yang diberikan selain memerlukan doa daripada peminat agar ibunya segera diberikan kesembuhan.
"Sebenarnya tak jangka langsung akan sampai jadi tahap macam ini. Mummy nampak okey sahaja masa mula-mula kena masuk wad. Apa-apa pun kami sekeluarga yakin yang menyembuhkan itu Allah. Mummy pun kuat semangat... saya percaya mummy boleh harunginya," luahnya lagi.
________________________
No comments:
Post a Comment