Nampaknya selebriti popular, Noor Neelofa sekali lagi didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP). Kali ini berhubung menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama lebih 10 ahli keluarganya selepas baru-baru ini tular sebuah video memaparkan aksi mereka.
Rata-rata netizen kembali 'panas hati' dan bengang dengan Neelofa termasuk ahli keluarganya. Malah, usahawan terkenal itu disifatkan sangat berani melanggar undang-undang yang sudah beberapa kali dilakukannya.
Neelofa bersama ahli keluarganya dipercayai melakukan kesalahan itu di kediaman selebriti tersebut di Pinggir Zaaba, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Anuar Haji Omar dalam satu kenyataan berkata, laporan itu disiasat di bawah Peraturan 17 Peraturan Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021: "Kita akan memanggil yang terlibat dalam aktiviti beraya itu untuk diambil keterangan," katanya.
Klik untuk gambar besar
Pada Isnin, media melaporkan bekas pengacara MeleTOP itu sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila didakwa melanggar SOP Aidilfitri dengan menyambut hari raya bersama ahli keluarganya.
Ia bermula apabila kakaknya Noor Nabila memuat naik video berdurasi 26 saat pada 1 Syawal, Khamis lalu. Video itu kemudian dipadam selepas 10 minit dimuat naik, bagaimanapun sempat dirakam semula oleh netizen dan disebarkan di laman Twitter sejak pagi Isnin.
Selain Neelofa, turut kelihatan dalam video berkenaan adalah kakaknya iaitu Noor Nabila dan suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin serta anaknya, Engku Aleesya. Tidak ketinggalan, ibu Neelofa bernama Noor Kartini Noor Mohamed dan suaminya, Abdul Halim Khan Lall Khan juga turut serta.
Sebelum ini, Neelofa, 32, dan ahli keluarganya dikompaun dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM60,000 atas alasan kegagalan mematuhi SOP penganjuran majlis sosial serta melanggar kebenaran rentas negeri.
Bukan itu sahaja, Neeofa dan Haris juga sedang disiasat berhubung dakwaan melanggar SOP Covid-19 dengan merentas negeri untuk membeli karpet di Nilai 3, Negeri Sembilan.
Sementara itu, seorang warganet mencadangkan hukuman yang lain mungkin sesuai dikenakan kepada Neelofa, 32, dan keluarganya berikutan kesilapan sama yang berulang kali dilakukan selain mengenakan jumlah kompaun yang tinggi.
"Jangan kompaun setakat ratus ribu tu, senang-senang je dia bayar. Sepatutnya mahkamah hukum, masukkan adik-beradik dia ni dalam kerja-kerja kemasyarakatan sampai beratus-ratus jam. Tukar-tukar tempat, hari ni bersihkan tandas, masjid, esok tandas awam, lepas tu cuci wad kecemasan, bantu abang polis jaga sekatan jalanraya," tulisnya.
Hasil tinjauan terhadap komen ditulis netizen di media sosial juga mendapati kebanyakannya menganggap Neelofa dan keluarga mempunyai 'penyakit' sukakan perhatian daripada orang ramai.
"Attention seekers akan sentiasa buat hal agar 'populariti' dirinya tidak hilang dari radar peminat atau orang awam. - "Dia ni ada penyakit yang sukakan perhatian. Lepas ni pasti ada lagi. Peliknya dalam rumahnya tinggal beberapa keluarga. Masa ada satu siaran yang tunjuk rumahnya, tak ada lak ahli keluarga tu.
"Dah kata dah, dia ni laki bini, sefamili elok dipenjarakan je ikut kesalahan, atau buat kerja-kerja amal macam cuci longkang, kutip sampah, biar rakyat yang ikut SOP ni tengok diaorang buat kerja-kerja tu. - "Nampak sangat macam tak endah dan mencabar ditetapkan. Mungkin setakat denda tiada masalah," itulah antara komen-komen warga maya.
________________________
No comments:
Post a Comment