"Sudah dimaafkan. Tapi tak semudah itu untuk melupakan," itulah pengakuan pelakon dan penerbit Sheila Rusly ketika dihubungi dimana dia berkata sebenarnya sudah pun memaafkan pelakon Janna Nick namun mengakui tidak mudah melupakan apa yang berlaku.
Sejak Ahad lalu, hangat diperkatakan mengenai program hiburan terkenal Melodi apabila mempertemukan pelakon Izreen Azminda dan bekas madunya, Intan Liana Saleh.
Susulan itu, ada netizen mempersoalkan mengapa Melodi tidak menjemput Sheila dalam program tersebut dalam usaha untuk menghubungkan kembali silaturrahim bersama dengan Janna.
Tidak semena-mena kisah lama hubungan retak antara Janna dan Sheila kembali menjadi bualan netizen. Rata-rata mempersoalkan status terkini hubungan dua selebriti berkenaan selepas retak sekitar awal 2019 berpunca daripada satu masalah yang tidak dapat dipastikan.
Klik untuk gambar besar
Ditanya sama ada Janna yang baru-baru ini mendedahkan menghidap penyakit bipolar menghubunginya bagi menjernihkan semula krisis antara mereka, Sheila bagaimanapun enggan mengulas lanjut: "Call? Mana dia berani. Cukup sampai sini," kata Sheila secara ringkas.
Malah Sheila, 50, juga mengelak untuk menjawab persoalan mengenai punca sebenar hubungannya dengan Janna musnah. Sebelum itu nama Sheila 'dipetik' netizen selepas program hiburan Melodi Raya menyiarkan sesi curahan hati antara Izreen dan bekas madunya.
Rata-rata netizen mahu program berkenaan turut mempertemukan dan menghubungkan silaturrahim antara pengacaranya iaitu Janna Nick dengan Sheila. Sehubungan itu Sheila meluahkan perasaan marah dengan sikap warganet yang mengaitkan namanya tanpa sebab.
"Sis geram sebenarnya. Sis tak kacau sesiapa pun. Jangan petik isu yang boleh buat sis bersuara. Sis pendam lama isu ni. Jangan sampai saya buka cerita. Tak cukup kain nak tutup muka nanti. Sis jadi marah sbb itu fitnah," ujar Sheila yang membahasakan dirinya dengan panggilan 'sis'.
Selain itu Sheila turut berkongsi paparan skrin daripada seorang pengguna Twitter yang menulis berkaitan hubungannya dengan Janna di ruangan Instastory.
"Tak silap aku Janna gaduh dengan Sheila sebab Sheila nak kenen anak sulung dia dengan Janna. Tapi Janna tak nak, tu gaduh tu. Pekerja JS Pictures yang cakap. Janna tolak secara baik dah tapi maybe sis Sheila sentap kot. Lepas tu ungkit-ungkit la jasa dia pada Janna," demikian tulis pengguna berkenaan di Twitter.
Bagaimanapun Sheila menyifatkan tuduhan itu adalah satu fitnah: "Siapa tweet ni? Kelakar rabak! PKP banyak masa nak memfitnah. Nak buka kes ke? Jom la kalau berani. Nak kenen dengan anak Sheila Rusly? Lambat lagi!" akhirinya sebagai jawapan kepada individu tersebut.
________________________
No comments:
Post a Comment