09 May 2021

AWIE DIPANGGIL POLIS MELAKA BANTU SIASATAN ISU DAKWAAN LANGGAR SOP



Susulan dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam satu majlis yang berlangsung di sebuah hotel di Melaka, baru-baru ini, penyanyi Datuk Awie telah dipanggil polis untuk diambil keterangan.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman, beberapa individu termasuk penganjur akan dipanggil dalam tempoh terdekat bagi membantu sisatan.

"Kesemua yang terbabit dalam kes ini termasuk penganjur program akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah untuk diambil keterangan.

Klik untuk gambar besar



"Siasatan akan dilengkapkan dengan kadar segera dan akan dirujuk kepada Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri untuk sebarang keputusan," katanya melalui kenyataan media.

Mohd Sukri memaklumkan pihaknya menerima laporan pada pukul 12.43 tengah hari, Ahad yang memaklumkan berlaku pelanggaran SOP oleh selebriti itu ketika menjayakan majlis misi kemanusiaan.

Dalam pada itu, polis memohon agar individu yang terbabit dalam majlis tersebut atau mempunyai maklumat berkaitan hadir bagi membantu siasatan.



"Kes disiasat mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Kawalan Pergerakan Pemulihan) No. 3,2021.

"Polis juga menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan kegagalan berbuat demikian akan diambil tindakan," ujarnya.

Sebelum itu, tular rakaman video berdurasi 42 saat memaparkan Awie bersama beberapa individu dilihat tidak memakai pelitup muka. Rakaman video itu dikongsi oleh pengguna media sosial dan menerima pelbagai kecaman kerana dilihat mengabaikan SOP ketika negara sedang berdepan ancaman Covid-19. Difahamkan persembahan itu berlangsung di sebuah hotel di Melaka pada 30 April lalu.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: