04 May 2021

AZWAN ALI: "TAK PAYAH NAK MENGELUPUR NAK BELI KARPET... BERANGKUT PARA ULAMA"



Menerusi muat naik di laman Instgram, selebriti terkenal Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA ada memberikan pendapat mengenai isu tidak adil dan sama rata mengenai soal rentas negeri yang ditetapkan oleh pihak kerajaan berdasarkan situasi semasa menjadi perbualan hangat di kalangan warganet, baru-baru ini.

Perkara ini terjadi apabila ada beberapa individu dari kalangan selebriti didakwa telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

"Sajalah Diva AA nak carut anda semua tak payah nak mengelupur punya nak beli karpet sampai ke Nilai 3, berangkut laki yang hodoh dispedo (ditanggung). Lepas tu tak payah mengelupur berangkut para ulama atau ustaz-ustaz ni konon menteri agama kononnya untuk keberkatan sambut bayi lah, apa lah.

"Besar sangat ke kau? Kayangan ke kau? Diva sangat ke kau? Cuba jadi macam Diva AA, shopping selagi duit ada berkepuk-kepuk, tapi semua pergi tempat yang selamat," kata pengacara berusia 55 tahun itu yang menerima komen dimana rata-rata netizen meluahkan rasa setuju terhadap perkongsiannya.

Klik untuk gambar besar







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: