23 May 2021

10 INDIVIDU BERJAYA 'SELF LOCKDOWN', MICHAEL ANG MAHU BERI GANJARAN RM500



Menerusi muat naik di laman Instagram, pengarah dan penerbit Michael Ang telah memaklumkan bagi yang berjaya memulakan 'Self Lockdown' bermula hari ini sehingga 8 Jun hadapan, akan menerima ganjaran berupa wang ringgit sebanyak RM500 daripadanya.

Jelas Michael, sumbangan wang ringgit ini bakal diberikan khusus sebagai galakan kepada orang ramai untuk kekal duduk di rumah bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Dalam pada itu, Michael bersyukur sekiranya orang ramai dapat menyahut cabaran untuk melakukan 'Self Lockdown' selama 18 hari tu sebagaimana yang bakal dikuat kuasakan.

Klik untuk gambar besar



"Salam semua. Ini bukan aku nak buat content atau nak jadi famous atau I nak jual product. Cuma harap apa I mampu buat untuk encourage orf Malaysia self lockdown. Kalau posting ni dapat buat 100 org lakukan self lockdown pun I dah bersyukur!

"We can do this Malaysian! Luv u all n be safe! SORRY MAYBE TAK CLEAR SELF LOCKDOWN BUKAN BERMAKNA KALAU KENA KERJA TAK BOLEH SELF LOCKDOWN YA! PERGI KERJA THEN BALIK KERJA LUNCH TIME TA PAU FROM HOME MAKAN AJE KAT OFFICE YA!" tulisnya.

Perkongsian penerbit drama bersiri 'Sweet Dreams' itu nyata menarik minat ramai dan ada yang mulai memberikan respon pelbagai di ruangan komen.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: