23 May 2021

AIDA KHALIDA AKUI SUKAR ELAKKAN FOTO SEBELUM BERHIJRAH DITULAR: "BERDOA ALLAH TUTUP AIB SAYA"



Berhubung kemungkinan segelintir pihak yang menularkan gambar lamanya sebelum berhijrah, pelakon Aida Khalida atau nama sebenarnya, Khalidah Adibah Ahmad, 63, yang kini tampil menerusi drama bersiri 'Rindu Awak Separuh Nyawa' itu berkata, perkara itu sukar dielakkan kerana di luar kawalan dirinya.

"Saya selalu berdoa kepada Allah agar tutup aib saya. Ada yang dapat dielak dan ada yang tidak. Saya ada juga bertanya ustaz dan ustazah dan mereka pun bagi nasihat sama. Jadi, pendekatan yang boleh dilakukan ialah berdoa kepada Allah," ujarnya dipetik sebagai berata kepada media.

Pelakon yang sinonim dengan watak ibu ini mengakui bersyukur apabila kebanyakan produksi memahami keperluannya dan tidak pernah menghalangnya untuk menunaikan solat di lokasi penggambaran.

"Apabila ditawarkan berlakon, saya akan selitkan solat dan cakap dengan baik. Mereka faham dan bab solat tak pernah kata apa. Kita pun kena kompromi tengok babak banyak atau tidak. Apabila babak sudah tiada, saya solatlah. Semuanya kena ada pendekatan yang baik.

Klik untuk gambar besar



"Begitu juga dengan mekap artis, mereka kata kalau nak buang mekap banyak kali pun tak apa, kerana bab solat. Mereka faham perkara ini," katanya.

Bercerita perkembangan terkini, Aida menjelaskan tidak lagi mengejar populariti: "Kita seimbangkan keperluan dunia dan akhirat. Tiada apa lagi yang mahu dikejar dalam kerjaya selain melaksanakan amanah yang diberi.

"Saya jaga tanggungjawab yang diberikan oleh produksi. Saya jaga pergaulan, adab dan disiplin supaya orang suka. Saya yakin kalau Allah kata itu rezeki saya, tanpa publisiti pun rezeki tetap akan datang," tambahnya lagi.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: