23 May 2021

INDIVIDU BERI ALASAN ORANG LAIN 'HINA' - ALI SERAH PADA POLIS: "DUNIA TERLEPAS, AKHIRAT TIDAK"



"Ok dah jumpa tadi... katanya bukan dia yang buat, ada orang lain yang guna Instagram dia untuk menghina saya dan keluarga. Jadi, saya serah pada polis saja. Mereka lebih arif untuk menyelesaikan masalah ini... sabar itu indah.

"Berdoa pada Allah semoga semua dipermudahkan. Jangan kita semua orang Islam menabur fitnah sana sini. Di dunia mungkin terlepas tapi di akhirat tak kan terlepas... tak apa, jangan kita balas. Allah akan balas," kata pelawak Ali menerusi memuat naik status di laman Instagram miliknya.

Pada Sabtu, pemilik akaun Instagram yang melemparkan kata-kata hinaan termasuk menyamakan Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd dengan bangsa Yahudi telah berjaya.

Klik untuk gambar besar



Ali berkata individu tersebut memberi alasan bahawa akaun Instagram telah disalah guna orang lain sehingga melakukan penghinaan kepada dia dan keluarga. Bagaimanapun pelawak berusia 32 tahun ini hanya menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Adik kepada Allahyarham pelawak Abam Bocey itu pada Jumaat lalu itu meluahkan rasa bengang dengan tindakan seorang netizen yang melemparkan kata-kata hinaan terhadapnya dan keluarga di laman Instagram.

Menurut Ali, individu berkenaan secara berterusan mengganggu di ruangan Instagram dengan pelbagai cacian termasuk menyamakannya dengan bangsa Yahudi.



Justeru itu, Ali meminta bantuan pengikut mencari pemilik akaun itu dan menawarkan ganjaran wang tunai kepada mereka yang berjaya mengesan individu berkenaan.

Dalam pada itu, Ali turut berkongsi status mengatakan setiap apa yang terjadi merupakan ujian Allah buat dirinya untuk berubah ke arah yang lebih baik.



"Kadang-kadang sesuatu yang jadi itu Allah bagi ujian untuk kita. Ujian untuk kita berubah dan terus berubah ke arahnya. Reda dengan apa yang terjadi. Jangan difikirkan hinaan dan cacian manusia. Jalan terus kepadanya... Insya-Allah Allah bersama kita," tulisnya lagi.

Sebelum ini, Ali telah berkongsi perkembangan kes saman menyaman membabitkan dirinya dan Nor Hidayah yang berlangsung di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Menerusi perkembangan terbaharu itu, Ali meluahkan rasa lega kerana dapat merasakan ada sinar untuk dia dan keluarga di sebalik konik yang berlaku sejak kematian abangnya, Abam Bocey.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: