17 May 2021

BEKAS SUAMI 'PU' NAK ROBOH RUMAH - WANITA HANYA REDHA, SERAH PADA ALLAH



"Saya telah mendapat satu permintaan daripada seseorang untuk melihat rumah yang “Hangus” atas sebab dibina di atas tanah bekas suami. Hari ini baru saya tergerak hati nak letak. Sebab nak post pun perlu ada kekuatan. Saya tak nak tuntut apa-apa sebab saya dah penat naik turun mahkamah.

"Dia pun pernah up status untuk runtuhkan rumah ini. Bagi saya, silakan buat apa sahaja yang dia nak. Mungkin dia tak rasa macam mana susahnya untuk keluarkan duit sampailah tertegaknya rumah ini dah isinya.

"Sebab itu mudah dia nak runtuhkan. Bayangkan kalau dia yang keluar duit untuk rumah ini? Mahu dia simpan rumah ini untuk keturunannya. Tak apalah, hari ini Allah telah uji saya dengan mengambil harta saya.


 
"Tapi saya yakin tak dapat dekat dunia, Allah akan gantikan saya dengan sebuah rumah di syurga nanti. Pengajaran, isteri kalau ada harta, cipta harta sendiri. Sebab kita tak tahu jodoh kita dengan dia sampai bila," begitulah luahan duka seorang wanita yang merupakan bekas isteri yang didakwa bekas peserta Pencetus Ummah (PU).

Semuanya gara-gara dakwaan lelaki itu yang telah memuat naik satu status di mana dia sedang mencari perkhidmatan untuk merobohkan sebuah rumah lama dalam masa terdekat. Namun begitu, akaun media sosial PU tersebut dipercayai sudah dinyahaktifkan.

Status rumah yang dimaksudkan akhirnya terbongkar apabila bekas isteri PU tersebut mengaku bahawa ianya mengenai rumah mereka.



"Silakan buat laporan polis, supaya semua orang tahu kebenaran yang terjadi dan siapa dalang keretakan rumah tangga ini.

"Tapi tu la. Dia memang silap pergi up status nak robohkan rumah. Ada tak selama ni saya kacau hidup dia sehingga dia sendiri up status untuk runtuhkan rumah “batu”. Tu dah macam ugutan jenayah sebab kes belum bicara di mahkamah.

"Dia yg mulakan pergi public benda ni. Dia yang dedah dulu. Lepas itu saya pula yang kena. Tu satu jenayah sebab mahkamah belum putuskan. Nak lakukan sabotaj pada harta orang. Dia sendiri up status nak robohkan rumah “batu”. Tak ada siapa paksa dia buat status tu.



"Bila kena serang, dia nak buat report. Maknanya dia secara tak langsung mengaku status ugutan sabotaj itu dia yang buat sendiri. Dengan kata lain, dia dah masuk perangkap sendiri. Buat ugutan jenayah untuk buat sabotaj pada harta orang boleh kena reman.

"So bagus la awak buat report. Awak serah diri pada polis. Selamat beraya dalam lokap. Dan khusus untuk kerabat awak yang tiba-tiba serang saya kat wall saya, selama ni awak pernah tanya apa masalah saya? Ada pernah call? Wasap? Or datang rumah? So awak pun hanya dengar sebelah pihak sahaja.

"Mana tabayyun yang awak belajar? Main terjah wall orang dan buat huru hara menambahkan lagi api. Awak nak saya tunjuk fail PU kenapa saya mohon cerai? Saya boleh bagi. Tapi lepas saya bagi, awak kena up di wall supaya semua orang baca. Berani tak?" dakwa wanita yang bernama Ain itu.

Tambahnya rumah tersebut dipercayai dibina menggunakan wangnya dan ianya didirikan di atas tanah bekas suaminya. Oleh itu, Ain berpesan kepada para isteri di luar sana agar mengumpul harta sendiri sekiranya jodoh mereka bersama pasangan tidak kekal sehingga akhir hayat.

Di samping itu, Ain mendakwa status bekas suaminya itu seakan berbaur ugutan memandangkan isu rumah mereka belum dibicarakan di mahkamah. Malah, dia juga tidak kisah seandainya bekas suaminya itu mahu membuat laporan polis berhubung semua rahsia yang telah terbongkar ini.

Sumber: Facebook / OB

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: