17 May 2021

NETIZEN PERSOAL KENAPA TIDAK JEMPUT JANNA NICK & SHEILA RUSLY DALAM USAHA BERBAIK



Pertemuan pelakon Izreen Azminda dan bekas madunya, Intan Liana Saleh, semalam telah menjadi topik hangat. Program hiburan terkenal Melodi juga turut hangat diperkatakan selepas menjadi pihak mempertemukan kedua-dua wanita berkenaan.

Bagaimanapun, ada yang mengecam pendekatan dilakukan oleh phak Melodi lebih-lebih lagi dengan soalan yang diajukan oleh Janna dalam pertemuan Izreen dan Intan itu.

Malah, netizen mengecam tindakan kekasih kepada pelakon Dini Schatzmann itu yang mengajukan soalan kepada Intan termasuklah 'sudah jumpa pengganti atau belum?'

Tidak kurang juga, ada yang mempersoalkan mengapa Melodi tidak menjemput pelakon dan penerbit Sheila Rusly dalam program tersebut dalam usaha untuk menghubungkan kembali silaturrahim bersama dengan Janna.

Klik untuk gambar besar



"Tak tahulah apa depa (pasukan Melodi) cakap sampai Intan itu setuju nak datang. Dekat YouTube semua tanya 'awat tak jemput Sheila Rusly jumpa si Janna Nick tu'. - "Kami mahukan sis Sheila Rusly dan Janna Nick dalam #MelodiRaya," antara komen pengguna Twitter.

Terdahulu, umum mengetahui Sheila dan Janna mempunyai hubungan yang sangat baik ibarat ibu dan anak. Bagaimanapun, hubungan mereka retak awal 2019 yang sehingga kini masih tidak diketahui sebabnya.

Semuanya bermula apabila Sheila didakwa memuat naik status seolah-olah menyindirnya di Instagram namun dinafikan oleh produser tersebut. Shiela berkata perselisihan faham tersebut terlalu peribadi untuk dikongsi kepada umum kerana melibatkan hal keluarga.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: