17 May 2021

SAYU DENGAR LAGU RAYA - MAK WAN LATAH SEDIH ANAK TAK BOLEH BALIK, DERITA SAKIT SEORANG DIRI



"Persiapan raya tak ada, Mak Wan sakit pun anak-anak tak boleh balik... inikan pula nak menyambut raya. Mak Wan raya sorang-sorang jelah. Nak dengar lagu pun kita rasa macam sayu," itulah luahan pelakon veteran Mak Wan Latah yang sayu mengenang nasib menyambut bulan Syawal tanpa kehadiran anak-anak yang tinggal berjauhan dengannya.

Kata Mak Wan atau nama sebenarnya Halimaton Saadiah Mohd Daud, seperti tahun lalu dia tidak membuat sebarang persediaan kerana hanya meraikan Aidilfitri seorang diri.

Cerita Mak Wan lagi dia bagaimanapun bersyukur apabila kesihatannya bertambah baik untuk dia terus bekerja: "Alhamdulillah sekarang ni Mak Wan masih boleh kerja, produksi pun faham dengan keadaan Mak Wan," katanya.

Klik untuk gambar besar





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: