16 May 2021

TERIMA BANYAK PELAWAAN KAHWIN, JAAFAR ONN AKUI LETIH FIKIRKAN: "MEREKA NAK SAYA ATAU HARTA"



"Saya dah letih dan penat untuk fikir soal kahwin. Tidak tahulah samada hati saya dah tertutup sekarang. Tapi kalau Allah kata kahwin, kahwinlah saya nanti. Macam di studio masakan saya. Ada 50 orang datang belajar masak. Mereka bukan nak tengok saya mengajar, tapi sebaliknya ajak saya kahwin.

"Saya tanya kenapa nak kahwin dengan saya?" kata pelakon Jaafar Onn, 70, yang mengakui tidak terlepas menerima pelawaan kahwin daripada beberapa wanita dimana terdiri daripada anak dara serta golongan janda.

Bapa kepada seorang anak lelaki menerusi perkahwinan pada 1983 dan bercerai empat tahun selepas itu berkata, dia berasakan diri sudah tua dan tidak pasti samada wanita ini mahu menumpang kesenangannya.

"Tidak tahulah kalau niat mereka nak tumpang harta saya. Tapi saya sendiri pun tak tahu samada saya kaya atau tak. Tapi hidup saya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang juga," ujarnya yang kini popular menerusi watak Tyson 2 juga syaitan dalam filem 18 Puasa Di Kampung Pisang.

Dalam perkembangan lain, Jaafar yang juga chef masakan mahu menghasilkan buku biografi kehidupannya: "Kisahnya mengenai suka duka saya untuk tatapan generasi akan datang. Cuma masalahnya saya tak tahu berapa caj yang nak dikenakan.


BARANGAN DAPUR MAKIN KURANG? JOM SHOPPING DARI RUMAH TANPA PERLU BERATUR PANJANG DI PUSAT MEMBELI BELAH.

LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!

TERKINI... JUALAN MURAH BARANGAN DAPUR JENAMA TEFAL YANG TAK MELEKAT DAN ANTI CALAR. JOM SERIKAN AIDILFITRI..!





"Saya cakap terus terang saya tak mahir berkenaan kos percetakan dan lain-lain. Takut nanti buku dah keluar cerita belakang tak habis-habis lagi.

"Jadi saya tak nak bebankan orang. Siapa yang nak bekerjasama sangat dialu-alukan. Kita duduk bercerita atau bahagikan hasil sama rata pun tak kisah," tambah Jaafar yang akan terbabit dalam telefilem Ahmad Albab Ding Ding untuk Astro First selepas ini.

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama, kehidupan Jaafar tidak terkesan kerana dia berniaga kek: "Sehari saya siapkan 20 biji kek Arab yang ditempah pelanggan. Saya jual secara dalam talian dan kemudian pos.

"Cuma tahun ini sahaja saya tak sempat buat. Kalau upah orang lain buatkan rasanya tak sama pula. Selain itu, saya buat pek makan tengahari untuk sekolah serta hantar kepada petugas barisan hadapan.

"Sehari saya siapkan 10 ke 12 pek. Saya buat nasi beriyani setiap Jumaat sahaja dan diberikan secara percuma. Dah tua-tua begini saya nak juga buat saham akhirat," akhirinya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: