11 May 2021

BELI KERETA MEWAH - SCHA ELINNEA NAFI GUNA 'DUIT HARAM', DIBELA 'SUGAR DADDY'



Baru-baru ini, pelakon Scha Elinnea menerusi laman Instagram telah berkongsi beberapa keping foto dia bersama kereta mewah jenama Mercedes-Benz A180 AMG dan melahirkan rasa syukur dapat memilikinya.

Dalam perkongsian itu, Scha bersyukur dengan pencapaiannya dan mengakui dia tidak pernah membayangkan akan memiliki kereta idamannya itu. Bagaimanapun, posting tersebut mengundang komen negatif daripada netizen.

Akui Scha, dia menerima mesej di Instagram yang menghantar paparan skrin komen netizen menuduhnya menggunakan duit haram untuk membeli kereta berharga hampir RM200,000 itu.

Tegas Scha atau nama sebenarnya pemilik nama Natasha Mohamed Mubeen, 21, dia tidak akan menggunakan atau memberikan duit haram kepada keluarganya seperti yang didakwa individu tersebut.

Klik untuk gambar besar



"Ada orang DM, hantar screen shot komen 'dia ni mesti ada orang bela'. Cuba fikir sendiri, takkanlah tak boleh fikir, bulan Ramadan ini saya nak berikan duit haram kepada keluarga saya atau beli kereta guna duit haram?

"Saya takkan lakukannya! Tak kisah apa orang nak cakap, saya okey. Buat apa nak kisah pun. Orang yang kenal saya saja tahu bagaimana susahnya saya mencari duit," jelasnya.

Dalam pada itu, Scha memberitahu dia berbangga dengan dirinya yang menggunakan duit yang disimpan dari titik peluhnya sejak berusia 15 tahun.



"Keluarga saya sederhana sahaja, bukan daripada orang kaya... Apa saya nak saya sendiri kena usahakan. Ramai orang tak tahu saya sudah mula bekerja dari umur 15 tahun lagi sebagai model dan reviu produk.

"Kemudian bermula dua tahun lalu, barulah saya ceburi bidang lakonan. Sepanjang tempoh itu saya tak akan membelanjakan duit beg, kasut mewah atau makan tempat mahal.

"Setiap bulan mesti ada simpanan untuk mendapatkan impian saya iaitu memiliki kereta pada umur 21 tahun dan rumah sebelum usia 25 tahun," katanya yang turut menceburi bidang perniagaan.



www.myartis.com / Foto: Instagram Scha Elinnea

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: