11 May 2021

KEHANGATAN 'ADAM & HAWA' DISAMBUNG MELALUI FILEM 'DEKATNYA CINTA'



Berita gembira buat peminat drama hit Adam & Hawa apabila kehangatanya kembali bersambung menerusi filem terbaru, DEKATNYA CINTA yang akan menemui penonton bermula 13 Mei ini di Astro First.

Masih mengekalkan teraju utama Datuk Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa, serta barisan watak baru yang dibawakan oleh Farah Nabilah, Datuk Fazley Yaakob dan Nadya Syahera.

Siapa tidak kenal dengan Nadiya Nisaa kan? Pelakon serba boleh yang sering membawa wataknya dengan berkesan dan boleh dikatakan seorang pelakon berbakat besar di negara ini.

Malah bakatnya setanding dengan pelakon luar negara yang bijak melakukan memek muka, tidak kaku dan penuh emosi hingga mampu menghidupkan watak apa sahaja yang diberikan.

Untuk info, filem ini mengisahkan Ain Hawani & Adam Mukriz hidup bahagia bersama seorang cahaya mata. Namun, rumah tangga mereka diuji dengan kehadiran orang ketiga.

Cemburu Adam Mukriz dan kesibukan Ain Hawani membawa kepada penceraian. Jadi, bermulalah episod baru buat mereka berdua.

Apakah yang akan berlaku selanjutnya? Jangan lupa menyaksikan filem hebat ini dikaca TV anda.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: