11 May 2021

MUNCUL DENGAN LAGU RAYA - CIK B PERNAH 'DOWN' DEK RASA ADAKAH SUARA TAK SEDAP



"Masa tu saya akui kena kecam, tapi saya rasa rap saya sedap. Tak tahulah... ketika itu saya rasa 'down' kerana merasakan adakah suara saya tak sedap? Mama kata sedap, tak kanlah dia nak tipu?

"Cuma ketika itu saya 'down' sekejap saja dan Insya-Allah saya akan buktikan boleh buat (rap) dengan lebih baik," kata anak kepada usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Vida iaitu Cik B yang mengakui akan terus berusaha memperbaiki mutu nyanyiannya selepas ini.

Pernah menerima kritikan pada awal kemunculan kerana dikatakan tidak mampu melakukan 'rap' dengan baik ketika bersiaran secara langsung, Cik B atau nama sebenarnya Nor Edlynn Zamileen sebolehnya cuba menerima kritikan dengan hati terbuka.

Klik untuk gambar besar



Ditanya apa reaksi ibunya apabila berdepan dengan situasi demikian, Cik B yang turut berjinak-jinak dalam lakonan mendedahkan, ibu memintanya untuk kuruskan badan: "Cik B kuruskan badanlah baru nafas tu tak dengar sangat," jelasnya ringkas.

Dalam perkembangan lain, Cik B kini muncul dengan single raya berjudul 'Its Raya Baby' yang turut menampilkan penyanyi Chubb-E. Muzik video lagu berkenaan sudah pun boleh ditonton di YouTube dan kini menjadi antara video trending dengan menerima lebih 200,000 tontonan sejak dilancarkan seminggu lalu.






 

LAGU RAYA CIK B BERSAMA CHUBB-B BERJUDUL 'IT'S RAYA BABY'



ATAU KLIK DISINI UNTUK TONTON MV 'IT'S RAYA BABY'


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: