Penyanyi dan juga pelakon Marsha Milan baru-baru ini telah memuat naik satu perkongsian di InstaStory miliknya dimana dia meluahkan rasa terkejut apabila mendapat kiriman mesej dalam IG oleh seorang individu lelaki yang melemparkan kata-kata kesat kepadanya.
Apa yang membuatkan Marsha atau nama sebenarnya Marsha Milan Londoh, 36, berang apabila individu yang menggunakan nama akaun Instagram @muhammadzulhakim44 itu turut menyamakan diri dan keluarganya seperti khinzir.
Dalam entri tersebut, bekas peserta Akademi Fantasia musim ketiga itu berkongsi tangkap layar mesej dia dimarahi lelaki itu tanpa sebarang sebab.
"Saya Hakim, Saya benci berlakon macam awak. Awak macam rosak rumah tangga orang. Sudahlah perangai awak tak berubah sampai sekarang. Awak dan keluarga awak bodoh dan babi. Muka awak macam babi (sambil memberi emoji khinzir). Awak perempuan tak ada maruah," tulis individu berkenaan.
Membalas mesej tersebut, Marsha ternyata marah dah berkata akan melaporkan perkara itu pada pihak polis: Astaghfirullah. Mengucap dik. Ini sudah melampau. Saya akan buat laporan polis," balas Marsha.
Dalam perkongsian itu juga, pelakon drama 'Rindu Awak Separuh Nyawa' itu turut mengingatkan netizen supaya menjaga tutur kata dan menghormati orang lain terutama jika melibatkan keluarga.
Sebelum ini, Marsha ada berkongsi kejadian apabila dia dimaki hamun oleh netizen yang berang dengan wataknya sebagai Nurul Huda dalam drama Rindu Awak Separuh Nyawa.
Ujarnya, setiap hari dia akan mendapat mesej makian daripada netizen sehingga ada yang mengugut mahu menampar dan menggelarnya perempuan miang kerana terlalu geram dengan watak tersebut.
________________________
No comments:
Post a Comment