Rumah tangga pasangan Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof sebelum ini dilaporkan mengalami keberantakan dan kini dalam proses berbaik.
Terbaru, menerusi laman Instagram Sarah, dia memuat naik foto sambutan hari raya Aidilfitri dimana dia bergambar bersama suami dan anak-anaknya.
Perkongsian tersebut ternyata mengujakan hati peminat yang rata-rata teruja dengan perkembangan terkini pasangan sama cantik sama pada ini.
Meninjau ruangan komen, ramai peminat malah rakan artis tampil meluahkan rasa gembira dengan keadaan itu. Ada juga peminat yang mengatakan mereka telah lama menanti gambar Puteri Sarah dan Syamsul Yusof bersama.
Klik untuk gambar besar
Tidak kurang juga yang mendoakan agar rumah tangga pasangan selebriti ini terus bahagia dan dijauhkan daripada anasir jahat.
Untuk makluman, Sarah dan Syamsul telah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka berdua dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Summayah.
Rumah tangga kedua pasangan ini kemudian dikatakan mengalami keretakan apabila kedua-duanya dilihat muncul di pejabat agama sekitar penghujung tahun lalu.
www.myartis.com / Foto: Instagram Puteri Sarah Liyana & Syamsul Yusof
________________________
No comments:
Post a Comment