Nampaknya sambutan raya Hael Husani tahun ini lebih meriah dengan kehadiran si kembar. Difahamkan, sepasang bayi kembar lelaki yang diberi nama Haelmy dan Haelman, dipercayai anak angkat terbaharu penyanyi itu.
Hael atau nama sebenarnya Hael Husaini Ramzi menerusi laman Instagram memuat naik foto raya bersama si kembar disamping anak angkat sulungnya, Nur Helena Hael yang kelihatan segak dan berseri-seri mengenakan baju sedondon berwarna ungu.
"Selamat Hari Raya Aidifitri maaf zahir dan batin daripada kami Hael, Helena and say hello to my twin Haelmy dan Haelman," tulisnya.
Melihat pada ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut menzahirkan rasa gembira dengan berita tersebut serta mendoakan penyanyi itu dimurahkan rezeki.
Klik untuk gambar besar
"Selamat harinraya Hael, comel-comel je family ni. - "Selamat hari raya Hael, Helena, Haelman dan Haelmy. - "Wah kembar ke? Meriah la raya tahun ni," antara komen netizen pada foto tersebut.
Sementara itu ada juga netizen yang mengusik penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Jampi' ini mengenai pasangan hidup: "Haelmummy je tak ada lagi," tulis seorang netizen.
Untuk makluman, Hael mengambil anak angkat pertama diberi nama Nur Helena Hael yang diterimanya daripada sebuah keluarga pada Mei 2017.
www.myartis.com / Sumber: Instagram Hael Husaini
________________________
No comments:
Post a Comment