"Pantang day 10. Jangan bising pulak aku pakai macam ni. Bawak baby pegi check hospital je.. pastu aku balik," itulah tulis pelakon dan pengacara Ain Edruce menerusi perkongsian terbaru di laman Instagram miliknya dengan memuat naik beberapa foto kandid.
Dalam entri tersebut, Ain atau nama sebenarnya, Nurulain Edruce menulis kapsyen dengan memaklumkan dia ke hospital sebagai rutin pemeriksaan anaknya pada hari ke-10 berpantang.
Ain sebelum ini menerima reaksi pelbagai warganet di media sosial selepas memuat naik fotonya yang memakai seluar meski baru seminggu bersalin anak pertama.
Klik untuk gambar besar
Menerusi resksi yang diberikan warganet, ada yang mendakwa Ain seolah-olah tidak jaga pantang dengan betul walaupun tujuan asal dirinya keluar adalah untuk membawa bayinya membuat pemeriksaan di hospital.
Perkongsian Ain nyata mendapat perhatian peminat dan rakan artis yang ada ada yang memintanya supaya tidak ambil peduli mengenai komen orang lain.
www.myartis.com / Sumber: Instagram Ain Edruce
________________________
No comments:
Post a Comment