29 May 2021

HARI INI GENAP 48 TAHUN PEMERGIAN SENIMAN AGUNG, ALLAHYARHAM TAN SRI P. RAMLEE



Hari ini tanggal 29 Mei, genap 48 tahun Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pergi meninggalkan kita. Namun, setiap karyanya masih relevan, evergreen dan masih disukai tak kiralah golongan tua atau muda.

"22/03/1929-29/05/1973. Teuku Zakaria Bin Teuku Nyak Puteh. 48 tahun pemergian Allahyarham P.Ramlee masih di ingati dan masih dalam kenangan.

"Moga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan disisi hambanya yang soleh.. Insya-Allah Aamiinnn... Al Fatihah...," demikian tulis anak angkat Allahyarham P. Ramlee iaitu pelakon Dian P. Ramlee menerusi laman Instagram.

Allahyarham P. Ramlee dilahirkan pada 22 Mac 1929. Sekiranya P. Ramlee masih hidup, usia Seniman Agung itu genap 92 tahun. Al-Fatihah.

Klik untuk gambar besar





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: