"Saya sebagai bapa kepada anak yang tidak berdosa itu memaafkan anda semua. Saya tidak mengharapkan kemaafan dari kalian atas kesilapan saya, cukup sekadar saya melunaskan tanggungjawab sebagai orang yang melakukan kesalahan.
"Dosa saya dengan masyarakat Sarawak dan kaum Iban biarlah mereka yang tentukan. Dosa kalian mencaci dan menghina itu saya maafkan. Dosa kalian dengan isteri saya serahkan dan terima apa sahaja keputusan isteri.
"Dosa kalian dengan bayi dalam kandungan belum lahir itu saya serahkan pada Allah dan biarlah anak kami yang tentukan," itulah tulis personaliti media sosial yang popular menerusi saluran DurianKimchi, Ryzal menerusi muat naik di InstaStory miliknya.
Ryzal berkata, dia memaafkan semua individu yang melemparkan tohmahan dan cacian terhadap dirinya dan bayi yang sedang dikandung isterinya, Maryam. Ujar Ryzal, dia tidak mengharapkan kemaafan namun sekadar melunaskan tanggungjawab sebagai orang yang bersalah.
Klik untuk gambar besar
Ryzal turut berkongsi paparan skrin komen yang ditulis di akaun media sosialnya Facebooknya selepas tular insiden menghina pakaian tradisional masyarakat Sarawak. Antara komen yang ditulis netizen berbunyi:
"Biar anak muka macam b*bi. - "Semoga anak disumpah jadi kain buruk. I mean it. Jentik dayak, satu Borneo turun. - "Pergi mampuslah kau dari dunia ni, Biar anak kau mampus dari dunia ini kalau lahir ikut perangai macam kamu dua nanti. - "Semoga anak kau lahir jadi macam muka mangkuk tandas, seperti yang kau buat lawakkan pakaian Sarawak.
Terdahulu, tular di laman sosial sepotong video Ryzal sedang mengulas mengenai ngepan Iban yang dipakai isterinya, Maryam untuk sebuah program televisyen. Hal itu menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan anak-anak Serawak dan menganggap tindakan itu biadab. Ryzal dan Maryam kemudiannya tampil membuat permohonan maaf terbuka.
________________________
No comments:
Post a Comment