29 May 2021

SAKINAH & TUNANG SAMBUT BIRTHDAY BERSAMA



Semalam 28 Mei, pelakon Sharifah Sakinah telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-32. Apa yang menariknya, tunang kepada Sakinah iaitu Michael Hansen turut menyambut hari lahir yang sama dengannya.

"Happy birthday to us," tulis Sakinah menerusi laman Instagram miliknya.

"To the one who always put a smile on my face, May 28th, our day @sharifah_sakinah #happybirthdaytous," ucap tunang Sakinah.

Klik untuk gambar besar



Untuk makluman, Sakinah kini sudah mengikat tali pertunangan dengan jejaka kelahiran Sweden iaitu Michael Hansen pada tahun lalu dan akan berkahwin pada Mei depan.

Sebelum ini, Sakinah pernah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Aliff Adha pada 28 Mac 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Anais Adha berusia 4 tahun. Bagaimanapun, Sakinah memaklumkan rumah tangganya bersama suami telah berakhir pada Mei lalu.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: