30 May 2021

AYU RAUDHAH & ZAQUAN ADHA SELAMAT TIMANG CAHAYA MATA KELIMA



Alhamdulillah... tahniah kami ucapkan kepada pelakon Ayu Raudhah dan pemain bola sepak Negeri Sembilan, Zaquan Adha atas kelahiran cahaya mata kelima mereka yang merupakan bayi lelaki.

Berita gembira itu dimaklumkan oleh Zaquan menerusi Insta Story semalam. Menerusi perkongsian itu, Zaquan memberitahu isteri dan anaknya berada dalam keadaan baik serta mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan kesejahteraan mereka.

Untuk makluman, Ayu dan Zaquan mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 dan dikurniakan empat orang cahaya mata, Muhammad Aisy Qaiser, 8, Muhammad Aisy Aryann, 7, Laura Zuleykha, 4, dan Muhammad Aisy Khaliq, 2.

Klik untuk gambar besar









         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: