29 May 2021

ISTERI RIZMAN KINI BERTUDUNG - PEMINAT PUJI MAKIN AYU & DOAKAN SEMOGA ISTIQAMAH



Menerusi perkongsian di laman Instagram (IG), isteri kepada jenama fesyen terkenal Rizman Ruzaini iaitu Rizman Nordin bernama Nurida Suraya kini dilihat telah tampil berhijab sejak Ramadan lalu.

Melihat pada IG Rizman Ruzaini, pengendali akaun tersebut ada menitipkan doa buat isteri Rizman terhadap perubahan penampilan terbaru ibu kepada seorang cahaya mata itu. Ucapan tersebut diberikan seiring dengan ulang tahun kelahiran suaminya.

"Alhamdulillah, a new journey for our Ladyboss @nuridasuraya. Semoga istiqomah. InsyaAllah Amin Ya Rabbalalamin," tulis pengendali akaun terbabit.

Klik untuk gambar besar



Meninjau ke ruangan komen, penampilan terbaru isteri Rizman itu mulai menarik perhatian ramai dimana rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah atas penghijrahan Nurida. Malah rakan selebriti turut sama tumpang gembira.

Terdahulu, penampilannya mulai menarik perhatian apabila tampil bertudung sejak Ramadan lalu. Untuk makluman, Rizman dan Nurida berkahwin pada 13 September 2019 di Glasshouse, Seputeh, Kuala Lumpur.

Hasil perkahwinan itu, pasangan sama cantik sama padan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan diberi nama Rizqaa yang dilahirkan pada 2 September 2020.













         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: