Baru-baru ini, pelakon Zarina Zainuddin menerusi laman Instagram miliknya telah berkongsi momen indah mengendalikan anak sulungnya yang menghidap autisme iaitu Muhammad Razil Azrai atau Azil.
Bagaimanapun, tindakan Zarina telah mengundang teguran seorang netizen. Individu berkenaan menegur tindakan Zarina memeluk Azil dan mengingatkan mengenai batas pergaulan antara ibu dan anak bujang.
"Jangan peluk-peluk sangat dengan anak bujang tu, dia pun ada nafsu juga!" tulis seorang pengikut.
Terkesan dengan teguran yang ditinggalkan individu tersebut, Zarina segera membalas komen wanita berkenaan.
Klik untuk gambar besar
"Apa la anak sendiri difikir begitu. Apalah pemikiran awak, anak saya tak ada nafsu yang begitu... dia cuma ingin belaian kasih sayang dari seorang ibu," jawab Zarina.
Sebelum itu, Zarina memuat naik rakaman video memeluk dan mencium Azil yang kelihatan berada dalam keadaan tenang.
"Hari ini memang di rumah sahaja Azil pagi tadi dah ke kedai beli surat khabar... harini tak ada bagi ubat apa-apa kat Azil, ubat kasih sayang sahaja," tulis Zarina pada ruangan kapsyen.
Rata-rata peminat menyokong tindakan Zarina membelai dan memelihara Azil dengan kasih sayang, lebih-lebih lagi anak lelakinya itu mempunyai kekurangan diri.
"Anak-anak istimewa ni adalah anak-anak syurga... memang perlu sentiasa di peluk dan dibelai agar dia rasa sentiasa disayangi.
"Azil ni anak istimewa, dia dah macam anak kecil yang perlukan belaian kasih seorang ibu... dia seolah-olah didunia sendiri dan tak macam manusia normal lain.
"Agaknya orang yang komen tu tak pernah beri kasih sayang dekat anak ke sampai tergamak cakap macam tu? Azil dan Azal anak syurga, jangan cakap sebarang kalau tak faham!" komen pengikut.
Untuk makluman, Azil yang kini berusia 25 tahun memiliki seorang lagi kembar lelaki bernama Azal yang juga merupakan seorang penghidap autisme.
________________________
No comments:
Post a Comment