09 May 2021

"DOSA FITNAH LAGI BESAR DARI DOSA MEMBUNUH" - SYURA KESAL DITUDUH JUAL PRODUK PENYEBAB KANSER



"Haritu kes sugar daddy, syura jugak kena kecam.. Ni kes fitnah produk pulak, siap Dm @lansolo_official dn bgtau kalau produk @charmant_hq ni boleh jadi kanser sbb @sheilarazlan salah seorang pengguna skincare charmant... Produk ni kita buat RND, ada KKM, ada LABTEST.. mana datang kanser tu?? (Boleh slide tgk NOT KKM).

"Syura sgt faham byk produk skincare kat malaysia ni yg ada mengandungi bahan2 bahaya dan of course kita kena berhati2 dalam memilih skincare. Tapi kalau boleh, siasat lah dulu betul2..janganla main fitnah mcm ni je.

"Sedih kadang2 tengok orang kita sendiri jatuhkan orang kita jugak. Tolonglah bersihkan hati masing2.. kalau rasa taknak support, tak perlu beli dan percaya.. Syura pun boleh faham.. tp janganla sampai fitnah mcm ni..

"Takpelah, mungkin dugaan ni Allah bagi untuk syura jadi lebih kuat untuk hadap dugaan yg lebih besar nanti.. Kepada individu berkenaan.. semoga awak diberikan kesedaran dan taubatlah.. dosa fitnah ni dosa besar! Lagi besar dari dosa membunuh.

Klik untuk gambar besar



"Kepada semua pengguna @charmant_hq, terima kasih atas kepercayaan anda! Syura sangat hargai.. tq juga kpd #charmantstar untuk sokongan korang dalam produk syura yang masih merangkak ni.. I love you.

"Kawan2 syura advice syura perlu buat report dan saman org ni.. apa pendapat korang? Tolong syura pls.. Syura buntu. #imastrongwoman #syurabadron #banyakbanyaksabar #charmantbysyurabadron," tulis penyanyi dan juga pelakon, Syura Badron yang meluahkan rasa kesal apabila dituduh menjual produk kecantikan yang boleh menyebabkan kanser kepada pengguna.

Syura menzahirkan perasaannya itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram untuk tatapan peminat dan pengikut media sosialnya. Malah, individu tersebut turut menyebut nama isteri Lan Solo, Shiela Razlan serta memberi amaran kepadanya untuk berhenti menggunakan produk berkenaan.



Syura menganggap perkara itu sebagai cubaan untuk menjatuhkan perniagaan yang diusahakannya selama ini. Dalam mas sama, Syura berkata pelanggan tidak perlu risau kerana produk kecantikan yang diusahakannya itu mempunyai kelulusan KKM, LabTest dan pelbagai lagi.

Dia dalam pada itu walau bagaimanapun memahami perkara tersebut timbul kerana banyak produk kecantikan di Malaysia mengandungi bahan-bahan bahaya dan ramai pengguna kini lebih cakna dan berhati-hati apabila memilih produk untuk dipakai di kulit wajah.

Syura juga turut meminta orang ramai di luar sana agar membersihkan hati masing-masing dan tidak perlu menjatuhkan perniagaan orang lain jika tidak berminat dengan produk yang dijual oleh individu tersebut.





www.myartis.com / Sumber: Instagram Syura Badron

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: