"Walaupun sudah berlainan jalan kehidupan, tapi ukhuwah kekeluargaan tetap terjalin. Demi penyatuan anak-anak, ibu bapa haruslah bersikap matang dalam setiap tindakan, bukan hati kita yang harus diutamakan. Tapi HATI mereka dan JIWA mereka yang perlu disatukan.
"Semoga ikatan persaudaraan mereka terus terjalin didunia dan akhirat, Inshaa Allah," tulis Vie Shantie Khan yang tetap menjalin hubungan baik dengan bekas suaminya, pelakon Datuk Eizlan Yusof demi anak-anak mereka, meskipun sudah bercerai dan masing-masing sudah mendirikan rumah tangga serta mempunyai kehidupan baharu.
Menerusi muat naik di laman Instagram, Vie berkongsi mengenai ibu bapa perlulah bersikap matang demi anak-anak walaupun sudah berbeza haluan dan kehidupan. Kata Vie lagi, bukan hati ibu bapa yang perlu diutamakan tetapi hati anak-anak adalah yang lebih penting.
Klik untuk gambar besar
Dalam masa sama, Vie sempat mengucapkan tahniah buat bekas suaminya yang baru sahaja menimang cahaya mata sulung: "Congratulations to both parents Daddy @eizlanyusof and Mama @sashaboudville Welcome to the family Baby Zaelynn Rosa May you be blessed with good health, love and laughter, Inshaa Allah #Vsk #VieZaara #VieZaalia #ZareefYusof #BabyZR," tulisnya lagi.
Untuk makluman, Vie dan Eizlan bercerai talak satu pada tahun 2015 selepas 8 tahun berumah tangga. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata. Vie Shantie kemudian berkahwin dengan seorang orang kenamaan manakala Eizlan mendirikan rumah tangga dengan Natasha Rosa Boudville pada 12 Disember 2019.
www.myartis.com / Sumber: Instagram Vie Shantie Khan & Eizlan Yusof
________________________
No comments:
Post a Comment