12 May 2021

ADIK BONGSU USIA 23 TAHUN SAMBUNG PHD DI UM - ANZALNA NASIR BANGGA & GEMBIRA



Pelakon Anzalna Nasir menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini telah meluahkan rasa bangga dan gembira apabila adik bongsunya, Nazirah Nasir ditawar melanjutkan pengajian dalam program Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Malaya (UM).

Menurut Anzalna, dia tumpang gembira adiknya itu berjaya menyambung pengajian ke peringkat PhD walaupun baru berusia 23 tahun serta mendoakan agar urusan adiknya dipermudahkan dalam menuntut ilmu.

"Another professor in the making... Syukur Alhamdulillah, tumpang gembira dekat adik bongsu @nazirahnasir97 only 23 dah buat fast track for PHD. Congrats! Semoga dipermudahkan segalanya. #ProudSister," tulis Anzalna.

Klik untuk gambar besar



Perkongsian Anzalna itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut mengagumi adiknya itu yang bukan sahaja cantik tetapi seorang yang bijak. Malah, ada yang mengatakan adik pelakon itu layak digelar 'beauty with brain'.

Sebelum ini, Anzalna ada berkongsikan keputusan peperiksaan adiknya yang meraih Purata Nilai Gred (GPA) 4.0 berturut-turut ketika menamatkan Ijazah Sarjana Muda Sains Bioperubatan tahun lalu.





www.myartis.com / Foto: Instagram Anzalna Nasir

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: