07 May 2021

"FASA GLAMOR SAYA DAH BERLALU" - SHAHEIZY SAM TAK MALU MENIAGA DI BAZAR



Pelakon Shaheizy Sam yang sebelum ini pernah bergelar bintang paling popular di era kegemilangannya itu mengakui dia tidak berasa malu untuk turun padang meniaga di kawasan tumpuan awam seperti di bazar Aidilfitri.

Menurut Sam atau nama penuhnya, Shaheizy Sam Abdul Samad, 39, dia menganggap zaman glamornya sudah lama berlalu dan kini semakin serius dalam bidang perniagaan.

"Fasa glamor untuk saya dah berlalu... bila saya turun padang (meniaga di bazar), ia bukan tentang saya, sebaliknya ia mengenai pembeli dan peminat yang selama ini sentiasa menyokong produk saya.

"Sekarang ini bukan fasal status, kalau saya seorang yang jaga status sudah tentu saya hanya akan turun event yang diadakan di hotel sahaja. Bagi saya, power (popular dan terkenal) macam mana pun, mati nanti jadi tanah juga, orang lain juga yang turun liang tanamkan kita," ujarnya dipetik sebagai berkata kepada mStar.

Klik untuk gambar besar



Pelakon filem blokbuster 'Polis Evo' ini juga berkata dia masih berpegang teguh dengan pendirian untuk mengambil tawaran satu atau dua filem sahaja setahun bagi mengekalkan 'branding' namanya.

"Saya sekarang memang fokus untuk berlakon satu atau paling banyak pun dua filem sahaja dalam setahun. Bukan apa, bila saya terlalu kerap berlakon macam tahun 2013 dulu, dia dah jadi macam tak ikhlas nak berlakon sebab saya buat benda yang sama, skrip yang sama... dia seolah macam tiada cabaran. Bila kita buat kerja tak ikhlas, kita buat kerja pun ala kadar sahaja (saya tidak mahu jadi begitu)," katanya.




www.myartis.com / Foto: Instagram Shaheizy Sam

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: