10 May 2021

"HARI IBU BITTERSWEET..." - DEEN HOT FM REDA ISTERI KEGUGURAN ANAK KEDUA



Menerusi muat naik di laman Instagram, penyampai radio iaitu Deen Hot FM atau nama sebenarnya Nordin Madian telah berkongsi khabar duka dimana kandungan isterinya, Siti Nur Warda Aminuddin disahkan mengalami keguguran anak kedua.

Jelas Deen, dia telah mambawa isterinya itu berjumpa dengan doktor pakar untuk membuat pemeriksaan setelah isterinya difahamkan ada mengalami masalah pendarahan pada Ahad.

"Hari jumaat hari tu sempat lari kejap beli hadiah hari ibu untuk @misswada tapi Allah sebaik-baik perancang. Ada ujian untuk kami. Semalam pergi klinik rupanya Wada miscarriage.

"Hari ibu yang bittersweet yet you still ada I dan Leia Zarra. We love you so much. Selamat berehat dan berpantang. You still the best mom in the world," tulisnya.

Klik untuk gambar besar



Katanya lagi, dia akan tetap menyayangi isterinya itu walau apa sahaja rintangan yang berlaku. Malah, Deen turut menyifatkan isterinya itu sebagai salah seorang ibu yang terbaik di dunia.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis berkongsi rasa duka selain turut menitipkan kata-kata semangat buat Deen dan juga Isterinya.

Untuk makluman, Deen dan isterinya, Siti Nur Warda Aminuddin telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 2 Disember 2016. Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah pun dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Leia Zarra.






www.myartis.com / Sumber: Instagram Deen Hot FM

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: