10 May 2021

PU ABU TIMANG CAHAYA MATA BARU - NETIZEN KRITIK 'GADUH CERAI MENGANDUNG LAGI'



"Segala pujian bagi Allah di atas pemberian ini. Welcome to the world my hero 🤍 Abi love you and all my kids 😘," tulis penceramah bebas yang sering saja terpalit dengan kontroversi rumah tangga, PU Abu Sufyan yang memaklumkan khabar gembira menerusi sebuah hantaran di laman Instagram, dimana dia telah menerima cahaya mata baru, kelmarin.

Meskipun tidak mendedahkan sepenuhnya identiti bayi itu, ramai membuat dakwaan bahawa anak itu merupakan hasil perkongsian hidup antara Abu dan isterinya, Ain Afini yang kembali rujuk sekitar dua tahun yang lalu.

"Betullah Ain pregnant. Itu hari dah perasan hint hint. Ain pun dah lama tak selfie..," tulis seorang pengguna media sosial.

Dalam pada itu, ada juga yang memberi nasihat kepada PU Abu agar menghebahkan status perkahwinannya yang terkini bersama Ain kerana dapat mengelakkan fitnah.

Klik untuk gambar besar



Namun ada juga yang merasakan tindakan Abu itu betul kerana dapat mengurangkan spekulasi daripada orang ramai dan ianya juga bersifat privasi untuk dihebah-hebahkan.

Terdahulu, Abu atau nama sebenarnya Muhammad Abu Sufyan Bin Mohd Mokhtar Rozaidi, pernah menceraikan Ain ketika wanita itu sedang sarat hamil anak sulung mereka sekitar Mac 2019 menerusi Whatsapp.

Abu kemudiannya bernikah dengan seorang usahawan wanita bernama Hana Azraa pada tahun 2019 namun dikatakan bercerai setahun kemudian.






www.myartis.com / Sumber: Instagram PU Abu Sufyan

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: