20 May 2021

HILANG 20 TAHUN, AKHIRNYA STORYBOARD FILEM MAN LAKSA DI JUMPAI SEMULA



Kesedihan Mamat Khalid akhirnya terubat jua apabila storyboard Man Laksa yang 'hilang' selama 20 tahun dijumpai semula.

Pasti ramai sebelum ini yang terhibur menonton filem ala 'kampung jin bertendang' yang memaparkan pelbagai kelucuan penduduknya itu. Daripada karektor Man Laksa sendiri yang berlidah pendek, penduduk yang kelakar pelbagai ragam hinggalah ke YB yang muka selamba... Man Laksa memang epik yang membawa kelainan filem Melayu.

Dan bila storyboard bersejarah tersebut kembali kepangkuan Mamat Khalid, pastinya ia mampu mengimbas kembali nostalgia tahun 2006 itu.

Untuk info, Storyboard adalah papan cerita yang merupakan lampiran gambar-gambar contoh pengarah mendapat bayangan setiap babak yang mahu dilakonkan. Malah semua filem berbuat begitu bagi melicinkan penggambaran agar filem mereka tidak berserabut.

Nak tengok bagaimana rupa Storyboard Mamat Khalid itu? Jom kita selak satu persatu paparan babak Man Laksa itu yang dilakar sebelum dijadikan filem.

Klik untuk gambar besar
























         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: