20 May 2021

MICHAEL ANG TAK SETUJU SELEBRITI & KAYANGAN DIPERSALAHKAN: "BANYAK ORANG BIASA PUN RENTAS NEGERI"



"Salam semua. Dah bersedia untuk di maki dan di kecam untuk posting ni. Tapi sebelum nak kecam make sure rumah you all ada cermin and pergi cermin diri sendiri sebelum nak kecam apa-apa ya. Luv you all and be safe!

"By the way I post ni tak bermakna aku setuju dengan orang yang tak ikut cakap kerajaan atau ikut SOP! I rasa orang ni semua SELFISH AND IDIOTS!

"Terimalah hakikat wahai rakyat Malaysia, tak payah lah nak menyumpah dan maki orang-orang yang dapat balik kampung beraya atau beraya yak yak yeh di IG! Terimalah hakikat yang kau orang tak ada kable fibre optic, kabel kau orang masih cooper!

"Tapi seriously, bukan ARTIS atau orang kayangan je yang boleh rentas negeri. Banyak orang biasa pun buat benda sama!" itulah kata pengarah dan pelakon Michael Ang menerusi laman Instagram miliknya.

Klik untuk gambar besar



Semua sedia maklum, isu berkenaan selebriti dan golongan kayangan tidak mematuhi peraturan operasi standard (SOP) sering kali dilihat di media sosial, terutamanya ketika hari raya ini.

Kebanyakkan netizen tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil oleh selebriti dan mengecam mereka kerana didakwa telah merentas negeri untuk beraya bersama keluarga.

Oleh kerana isu tersebut sedang 'hangat' dibicarakan di media sosial, Michael juga turut tampil menyuarakan pendapatnya mengenai isu ini.



Secara umumnya, Michael mengecam tindakan individu yang tidak bertanggungjawab mementingkan diri sendiri pulang ke kampung untuk beraya kerana perkara tersebut jelas melanggar SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Bagaimanapun, Michael tidak bersetuju jika netizen hanya menuding jari sepenuhnya kepada selebriti dan golongan kayangan, kerana baginya rakyat biasa juga ada yang tidak mematuhi SOP namun ia tidak tertangkap oleh lensa kamera.

Melihat pada ruangan komen, rata-rata netizen termasuk rakan artis menyokong dan bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh Michael.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: