20 May 2021

WAFARIENA TERKILAN DIGELAR SUN*** : "BERHENTI TUDUH, JANGAN NANTI SAMPAI SURAT SAMAN MALU"



Baru-baru ini, nama pelakon Syazuwan Hassan hangat diperkatakan dan menjadi kecoh di media sosial apabila seorang individu tampil memberi kenyataan bahawa dia ditinggalkan setelah 11 tahun bercinta dengannya kerana menjalin cinta baru bersama pelakon Wafariena.

Wanita yang digelar sebagai Adora itu berkata bahawa Wafariena telah menjadi punca hubungannya bersama Syazuwan putus di tengah jalan dan turut menggelarnya dengan pelbagai gelaran kurang enak, mungkin kerana terlalu kecewa diperlakukan sedemikian rupa.

Mula dikenali setelah membintangi drama '7 Hari Mencintaiku' ini, Wafariena tampil mempertahankan diri dan berkata dia akan membuat tindakan undang-undang jika individu tersebut tidakberhenti daripada memburuk-burukkan namanya di media sosial.

Kata Wafariena lagi, dia juga terkilan apabila pelbagai kata-kata kesat dilemparkan terhadapnya seperi perempuan sundal dan minah rempit.

Klik untuk gambar besar



"Saya sangat terkilan apabila dia mula menggelar saya sun*** sedangkan kami tidak mengenali antara satu sama lainpun. Saya tidak marah dia nak tuduh saya perampas sebab saya tidak buat pun perkara itu tapi saya sedih apabila digelar sedemikian rupa," ujarnya.

Meskipun dia tidak marah dengan tindakan wanita itu, namun Wafariena juga berharap agar Adora berhenti daripada menjaja dan memburukkan namanya dalam media sosial.

"Walaupun saya tak marah, lebih baik dia berhenti daripada menuduh saya. Jangan nanti sampai pula surat saman malu kepadanya..," katanya lagi.



Mengulas lanjut mengenai tuduhan yang diterimanya, pelakon yang terkenal dengan watak Nurul Ain itu memberitahu bahawa dia dan Syazuwan hanyalah teman biasa.

Hanya berkasih sayang dalam drama semata-mata, Wafariena berkata bahawa dia tidak terlibat langsung dalam masalah hubungan mereka berdua.

Terdahulu, Wafariena pernah bergandingan bersama Syazuwan dalam sebuah drama berjudul 'Baby Tak Gila' yang disiarkan di saluran Unifi TV sekitar Mac lalu.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: