20 May 2021

ALI AKUI DAH LALI DENGAN CERCAAN NETIZEN: "SAYA HANYA LUAH APA YANG SAYA RASA..."



"Tak apalah... saya dah terbiasa, dah lali pun. Hampir dua tahun hadap benda ni. Lagi satu saya hanya meluahkan apa yang saya rasa. Saya tidak kaitkan sesiapa pun dalam posting ini. Tak apalah, biarlah mereka berkata-kata...

"Saya hanya menanti keputusan mahkamah nanti," itulah kata pelawak Ali Puteh yang mengakui sudah lali dengan cercaan netizen terhadap dirinya lebih-lebih lagi berkaitan isu saman membabitkan kakak iparnya, Nor Hidayah Mohd Ali.

Ali ketika dihubungi media memberitahu, sebaik sahaja dia memuat naik hantaran di laman sosial Instagram pelbagai reaksi diterima termasuk yang menghina dan mengeji. Tambah Ali, dia berharap agar ada sinar disebalik apa yang berlaku sejak pemergian abangnya, Allahyarham Abam Bocey.

Klik untuk gambar besar



"Semoga ada sinar buat keluarga kami. Kepada yang mendoakan terima kasih, kepada yang mengecam juga terima kasih. Selasa lepas hari terakhir untuk saksi Hidayah saman Ali dan kes kedua pula Ali dan keluarga menyaman Hidayah.

"18 Jun depan mahkamah tetapkan untuk menfailkan segala hujahan bertulis bagi kedua-dua kes. Jadi kita tunggu sahajalah. Saya pun nak benda ni cepat berakhir," ujarnya dipetik sebagai berkata lagi.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: