20 May 2021

CEMAS TIBA-TIBA HILANG - NOORKHIRIAH LEGA ANAK SULUNG DIJUMPAI SELAMAT DI TTDI



Pelakon Noorkhiriah menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini memberitahu dia telah berhadapan detik cemas apabila anak sulungnya, Muhammad Hudhaifah, 12, dipercayai hilang selepas tersedar ia tiada di rumah pada awal pagi Khamis.

Akibat kejadian itu, Noorkhiriah atau nama penuhnya Noorkhiriah Ahmad Shapie, 43, memuat naik satu posting di Instagram dengan memaparkan gambar anaknya bagi mencari jalan agar orang ramai dapat membantu mengesan kanak-kanak itu sekitar Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

"Kalau jumpa kanak-kanak ini tolong hubungi ibunya Noorkhiriah, bangun pagi dia tiada dalam rumah," menurut posting yang tersebar.

Noorkhiriah turut berkongsi gambar anaknya bersama basikal yang dipercayai digunakannya untuk keluar rumah.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu suami, Noorkhiriah iaitu Azfaizul Ahtan yang dihubungi media berkata, anaknya itu sudah ditemui dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu.

"Anak saya dah jumpa dah... terima kasih semua! Dia disedari hilang pukul 6 pagi tadi dan dijumpai di area Taman Tun dalam keadaan selamat," jelasnya ringkas.

Muhammad Hudhaifah ditemui selamat di kawasan Taman Tun Dr. Ismail Kuala Lumpur berdekatan pusat membeli belah One Utama, Damansara, tidak jauh dari rumah mereka tanpa ada unsur-unsur jenayah.



Dalam pada itu, pelakon drama 'Nur' dan 'Nur 2' itu mengaku tidak dapat membayangkan andai anaknya tidak ditemui sampai bila-bila.

"Saya tak mampu membayangkan kalau dia hilang selama-lamanya. Saya sedar dia hilang daripada pandangan mata pada waktu subuh. Saya menggigil ketakutan fikir bukan bukan... Apa terjadi kepadanya. Macam-macam berlegar dalam kepala. Namun, syukur, kawan suami menemui Muhammad Nudhaifah di kawasan parkir di Damansara," tambahnya.

Selain Muhammad Hudhaifah, pasangan berkenaan turut memiliki seorang lagi anak lelaki iaitu Muhammad Yusoff, 10, dan anak angkat bernama Nur yang kini berusia 2 tahun.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: