20 May 2021

HILANG DERIA RASA & BAU - PUTERI SARAH LIYANA POSITIF COVID-19



"Assalammualaikum semua, sebaik-baik kita menjaga prosedur operasi standar (SOP) dan tak campur orang akhirnya kecundang jua. Saya individu dalam kategori C sebelum ini, disebabkan shooting dan dua kali buat swab test (keputusan) Sarah negatif.

"Menyedihkan semalam buat lagi swab test sebab Sarah tak ada deria rasa bila makan dan tak ada deria bau (baru berlaku semalam) pergi buat ujian dapati saya positif Covid-19.

"Sebelum ni kuarantin tiada simptom apa-apa pun, Sarah sihat tapi terkena juga," demikianlah kata pelakon Puteri Sarah Liyana yang memaklumkan dirinya kini positif Covid-19 pada Rabu.

Selepas pelakon Nora Danish dan Tiz Zaqyah mengesahkan mereka sudah bebas daripada jangkitan virus tersebut, kini isteri kepada pelakon dan pengarah Syamsul Yusof itu pula turut dijangkiti wabak berkenaan.

Klik untuk gambar besar



Tidak berdepan sebarang simptom, Puteri Sarah, 35, berkata, dia disahkan positif Covid-19 selepas membuat ujian calitan (swab test) ketiga.

Ibu kepada sepasang cahaya mata itu berkongsi mengenai berita tersebut menerusi laman Instagram. Dalam pada itu, Puteri Sarah turut memohon maaf kepada keluarga dan kontak rapat yang pernah berhubung dengannya sebelum ini.

"Minta maaf sesiapa yang kontak rapat dengan Sarah dari 10 Mei pergilah swab test. Minta maaf kepada family saya, suami dan anak-anak... doakan kami semua ya. Jangan keluar rumah kalau tak ada apa-apa nak buat, jaga diri semua," ujarnya.






www.myartis.com / Foto: Instagram Puteri Sarah Liyana
         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: